Sunday, June 13, 2010

5 prinsip jika ingin jadi Peminjam

Kebanyakan dari kita sememangnya tidak dapat lari daripada menjadi peminjam atau penghutang. Kebiasaannya, kita meminjam bagi tujuan membeli rumah atau kenderaan. Perkara ini sememangnya tidak mungkin dapat dielakkan kerana istilah hutang itu pasti menjadi perkara "wajib" bagi hampir semua individu. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan timbul masalah, kita haruslah mengenal pasti akan beberapa prinsip sebelum menjadi peminjam. Antaranya:
PINJAM BERDASARKAN KEPERLUAN
Sebelum memilih sesuatu bentuk pinjaman, kenal pasti keperluan pinjaman tersebut berdasarkan kewangan bulanan anda. Buat pinjaman berdasarkan keperluan bukannya kehendak anda. Contohnya, jika kurang berkemampuan untuk membayar dua bentuk pinjaman seperti kenderaan dan rumah, pilih yang mana lebih utama. Jika anda merasakan kenderaan lebih utama, buat pinjaman hanya untuk kenderaan sahaja. Jika sudah berkemampuan atau hutang kenderaan telah dilangsaikan, maka anda boleh membuat pinjaman perumahan pula.

MAMPU UNTUK MEMBAYAR BALIK
Harus diingat, pinjaman yang anda buat perlu dibayar setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan. Justeru, semak dengan terperinci jumlah bayaran yang perlu anda bayar jika membuat pinjaman tersebut. Jangan sesekali membuat pinjaman melebihi tahap kemampuan anda kerana risikonya amat tinggi. Jangan terlalu bergantung kepada agen kewangan , sebaliknya kira kadar kewangan anda sendiri kerana anda lebih mengetahui tahap kemampuan sendiri berbanding orang lain. Pastikan anda benar-benar berkemampuan untuk membayar pinjaman tersebut.

BERDISPLIN UNTUK MEMBAYAR BALIK
Tidak cukup sekiranya anda berkemampuan untuk membayar balik pinjaman tetapi tidak berdisplin untuk membayarnya setiap bulan. Sikap suka bertangguh untuk membayar balik pinjaman akan merugikan diri anda kelak. Sebelum menjadi peminjam tanya diri anda adakah anda mempunyai displin yang tinggi untuk membuat bayaran setiap bulan. Jika anda merasakan tidak mampu melakukanya , lebih baik batalkan hasrat anda untuk membuat pinjaman.

ELAK MENJADI PENJAMIN
Menjadi penjamin bagi individu lain yang ingin membuat pinjaman sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi. Ini kerana seseorang penjamin akan bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang pihak yang meminjam sekiranya dia tidak membayar hutang tersebut. Jika anda sebagai penjamin juga sukar untuk menjelaskan hutang tersebut, nama anda mungkin akan disenarai hitamkan dan sukar untuk membuat pinjaman lain. Justeru, sebelum bersetuju menjadi penjamin, kenali latar belakang dan sikap orang yang ingin dibantu itu terlebih dahulu, jika khuatir atau berasa was-was , elakkan daripada menjadi penjamin bagi pihak lain.

ELAK PINJAM BAGI TUJUAN PERIBADI
Terdapat segelintar individu yang membuat pinjaman peribadi semata-mata bagi membeli barangan mewah atau peribadi, mengubahsuai kenderaan atau tujuan melancong. Malahan tidak terkecuali ada yang menggunakan pinjman peribadi untuk berkahwin. Jika boleh perkara ini harus dielakkan bagi menjamin masa depan yang lebih baik kelak. Sampai bila anda ingin hidup terus dibelenggu dengan hutang. Pinjaman peribadi hanya boleh dibuat jika anda benar-benar perlu sahaja, misalnya bagi keperluan kesihatan atau pendidikan.

Endau lagi


Hai, sukanya budak-budak ni berendam. Tak ingat nak naik ke.

Saturday, June 12, 2010

PERCUTIAN DI ENDAU BEACH RESORT

suhhgduyshyufjcbdvhfgvybgvrhjydghjbfjdhjdnjfdhfjdnfjdhfjnjhjdnjd
sjhbsdhbnjnhjdnjdkhjudhndkdfm


Lepak-lepak dengan keluarga pada waktu petang. Masa tu nak keluar dari chalet untuk pergi ronda- ronda kat Pekan Endau. Sempat berposing dulu. Yang sebelah kiri saya tu adik bongsu, bujang lagi....., dan sebelah kanan itu, ibu saya, dibelakang ibuku ialah adik perempuanku dan disamping anak-anakku.



Thursday, June 10, 2010

Petua Dan Pedoman

Kurangkan Pahit Sayur Peria:
Potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus selamat 25minit.Sejatkan dan masak peria mengikut citarasa masing-masing.

WANITA SOLEHAH
1. Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T
2. Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam mengerjakan perintah-
perintahNya.
3. Sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walau dimana ia berada
4. Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.
5. Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.
6. Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah.
7. Menghormati suami dan ibubapa serta keluarga suami.
8.Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami samada waktu susah atau senang.
9. Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.
10. Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya atau sebaginya ketika suami tiada di rumah.
11. Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suami dunia dan akhirat .
12.Tidak sekali-kali menunjuk muka masam atau berlaku kasar terhadap suaminya.
13.Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan berwangi-wangian ketika suami berada dirumah.
14.Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau kesalahnnya.




hari ku cuti

09.04.2010-aku mohon cuti untuk menghadiri kes auction di Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Alhamdulliah aku berjaya dalam bidaan tersebut tanpa ada pembidaa yang lain.
Lepas selesai di Mahkamah aku bergegas untuk ke Bank untuk urusan pinjaman. Lamanya dekat situ hampir 1 1/2 jam. Bermacam-macam interview yang ditanya dan dokumen yang perlu dilengkapkan.
Lebih kurang jam 1.30 tengahari aku tel anak di rumah anak yang sulong bagitahu anakku yang bongsu panas badan. Aku terus bergegas pulang dan ambil anakku hantar ke Hospital Tun Aminah.